Khamis, 20 Ogos 2009

pOse2....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
  • moga pose thn ni lbh bmakna k....
  • korg jgn tgl pose tau xbaik....
  • nty kite post2 kad raye k.....

Selasa, 11 Ogos 2009

merdeka ke52

31 ogos MERDEKA!!!!

HAPPY BUFDAY TO:
  • RICO 6 OGOS 91
  • RICKY 12 OGOS 91
  • NTANG 25 OGOS 91.....

KPD YG ISLAM SLAMT BERPUASA

KAWALAN MAGNET

KAWALAN MAGNET
Tayangan Video Penggunaan Komponen Kawalan Magnet
Konsep Asas Kawalan Motor Elektrik
Motor boleh digerakkan laju, perlahan, menukar arah putaran dan memberhentikannya dengan selamat.
Bagi motor-motor yang berkuasa besar, ia tidak boleh dihidupkan secara terus kepada bekalan kerana arus permulaan amat tinggi.
Cara mengelakkan arus permulaan tinggi ialah dengan mengadakan satu kaedah kawalan penghidupan yang disebut sebagai Pemula Motor (Motor Starter).
Konsep Asas Kawalan Motor Elektrik
Setiap motor yang mempunyai kuasa lebih daripada 0.5 kuasa kuda (373 watt) hendaklah mengadakan pelindung asas menghidupkan motor

Pelindung Asas Menghidupkan Motor

Pengasing
Pelindung litar pintas
Pelindung beban lebih
Pelindung tanpa voltan
Pelindung fasa bagi motor tiga fasa
Pengasing
Pengasing ialah suis utama yang dipasang pada setiap permulaan litar pemula motor.
Ia digunakan untuk memutus dan mengasingkan litar pemula motor semasa membaiki kerosakan atau penambahan dalam litar tersebut.
Pelindung Litar Pintas
Setiap wayar hidup yang disambungkan ke litar pemula motor mestilah dilengkapkan dengan fius atau pemutus litar miniatur.
Ia bertujuan untuk memutuskan litar pemula motor apabila berlakunya lebihan arus disebabkan litar pintas.
Pelindung Beban Lebih
Setiap litar pemula motor hendaklah melengkapkannya dengan geganti beban lebih.
Ia bertujuan untuk memutuskan litar pemula motor apabila berlakunya lebihan arus pada motor disebabkan terlebih beban.
Pelindung Tanpa Voltan
pelindung tanpa voltan dimaksudkan ialah semasa motor sedang beroperasi tiba-tiba bekalan terputus. Dengan ini motor berhenti beroperasi. Beberapa minit kemudian bekalan pulih tetapi motor tidak beroperasi selagi punatekan hidup tidak ditekan.
Tujuannya ialah tidak membahayakan kepada pengguna, contohnya tangga bergerak dan tidak membahayakan kepada motor disebabkan hidup-henti.
Pelindung Fasa
Pelindung fasa hanya dipasang pada litar pemula motor tiga fasa.
Ia akan memutuskan litar pemula motor apabila berlaku kegagalan fasa pada litar tersebut.
Kegagalan fasa ialah, apabila salah satu daripada fasa dalam bekalan tiga fasa terputus. Ini disebabkan fiusnya lebur, litar terbuka atau putus.
Ia bertujuan untuk mengelakkan belitan motor rosak.
Alat-alat Kawalan Motor Elektrik
Fius / Pemutus Litar Miniatur
Fius/Pemutus litar Miniatur
Fungsinya untuk memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus disebabkan litar pintas.
Kadaran fius/pemutus litar miniatur bagi litar utama tidak terhad manakala litar kawalan pula ialah tidak lebih 6A.
Binaan Fius
Binaan Pemutus Litar Miniatur
Simbol
Penyentuh
Penyentuh
Penyentuh ialah sesentuh atau suis yang dikendali oleh elektromagnet.
Binaan penyentuh adalah seperti berikut:
Binaan Penyentuh
Binaan Penyentuh
Sesentuh
Untuk menyambung atau memutuskan litar.
Gegelung
Untuk mewujudkan elektromagnet apabila ia disambungkalan bekalan.
Gelung Telau
Tugasnya untuk mewujudkan fluk magnet tambahan yang terkeluar fasa daripada fluk magnet utama. Dengan ini angker terus tertutup walaupun fluk magnet utama ke sifar (kitaran ke sifar).
Jika gelung telau tidak ada, penyentuh akan menghasilkan bunyi bising yang kuat (berdengung), menghasilkan haba dan menyebabkan teras besi lembut cepat haus.
Binaan Penyentuh
Teras Besi Lembut
Ia akan menjadi magnet sementara apabila gegelung disambung kepada bekalan.
Biasanya ia dipasang bersama-sama angker.
Angker
Tujuannya untuk meletakkan/menempatkan sesentuh dan membawa sesentuh sama ada menutup atau membuka sesentuh.
Spring
Tujuannya untuk mengembalikan angker pada kedudukan asal setelah bekalan pada gegelung diputuskan.
Simbol
Sesentuh utama digunakan pada litar utama dan ia juga boleh digunakan pada litar kawalan.
Sesentuh tambahan digunakan pada litar kawalan sahaja, di mana kadaran arusnya 5A.
Penentuan asas bagi penyentuh
Sesentuh utama
Kadaran arus / voltan / frekuensi.
Bilangan sesentuh.
Sama ada boleh diubah atau tidak.
Sesentuh tambahan
Ia tidak memerlukan kadaran arus kerana kadarannya tidak melebihi 5A.
Bilangan sesentuh.
Jenis sesentuh (NO atau NC).
Sama ada boleh diubah atau tidak.
Penentuan asas bagi penyentuh
Gegelung magnet
Kadaran voltan perlu ditentukan kerana nilai voltannya mesti bersesuaian dengan gegelung supaya cukup kuat tenaga magnetnya untuk menarik angker.
Kadaran voltan ialah 12V / 24V / 220V / 240V / 415V.
Kadaran arus biasanya tidak lebih daripada 5A.
Jenis bekalan AU atau AT.
Frekuensi 50Hz.
Geganti Kawalan (Control Relay)
Geganti kawalan ialah sesentuh atau suis yang dikendali oleh elektromagnet.
Ia hanya digunakan atau dipasang pada litar kawalan sahaja.
Geganti Kawalan
Sesentuhnya
Perbezaan Di Antara Penyentuh Dengan Geganti Kawalan
Geganti Beban Lebih
Geganti Beban Lebih
Fungsinya ialah memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus disebabkan lebih beban.
Ia membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup sesentuh sedia buka (NO) pada litar kawalan apabila berlakunya lebihan arus disebabkan lebih beban di litar utama (pada motor).
Kepanasan gegelung pemanas akan bertambah apabila lebihan arus mengalir dan seterusnya akan membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup sesentuh sedia buka (NO).
Simbol
Jenis-jenis geganti beban lebih
Terdapat 4 jenis, iaitu:
Kendalian suhu
Kendalian hidrolik dan kemagnetan
Kendalian pneumetik dan magnetik
Kendalian elektronik
Kendalian Suhu
Ia terbahagi kepada dua, iaitu:
Pemanas dan dwilogam
Pemanas dan “solder pot”
Pemanas dan dwilogam
Kendaliannya
Apabila berlakunya lebihan arus disebabkan beban lebih maka gegelung pemanas akan memanaskan dwilogam menyebabkan dwilogam tersebut akan melengkung dan menolak sesentuh dari NC ke NO.
Dengan ini litar akan terputus.
Pemanas dan “solder pot”
Kendaliannya
Apabila berlakunya labihan arus disebabkan beban lebih maka gegelung pemanas akan memanaskan “solder pot” menyebabkan timah di dalam “solder pot” tersebut menjadi cair.
Semasa timah tersebut menjadi cair, “ratchet” akan berpusing disebabkan tarikan spring dan sesentuh akanterbuka.
Dengan ini litar akan terputus.
Kendalian Hidrolik Dan Kemagnetan
Kendaliannya
Apabila berlakunya lebihan arus disebabkan beban lebih, gegelung magnet akan menghasilkan daya kemagnetan yang kuat untuk menarik rod ke atas dan membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup sesentuh sedia buka (NO).
Cecair minyak dan liang kecil berfungsi sebagai mengawal pergerakan rod supaya menghasilkan lewat masa di mana rod akan bergerak le atas secara perlahan-lahan.
Sebaik sahaja rod keluar daripada cecair minyak maka dengan serta merta rod tersebut akan naik ke atas untuk membuka suis.
Geganti Lewat Masa
Geganti Lewat Masa
Geganti lewat masa ialah sejenis alat kawalan yang digunakan supaya mengadakan lewat masa di antara satu bahagian (penyentuh) dengan bahagian (penyentuh) yang lain di dalam litar kawalan.
Simbol
Jenis kendalian geganti lewat masa
TDOE (Time Delay On Energising) – Geganti lewat masa ini berkendali apabila bekalan diberi kepadanya.
TDODE (Time Delay On De Energising) – Geganti lewat masa ini berkendali sebaik sahaja bekalan diputuskan.
Jenis-jenis geganti lewat masa
Kendalian suhu
Kendalian pneumatik dan magnetik
Kendalian motor
Kendalian elektronik
Jenis Kendalian Suhu
Kendaliannya
Apabila bekalan diberi kepada gegelung pemanas, suhu akan meningkat menyebabkan dwilogam melengkung dan menolak sesentuh dari sedia tutup (NC) menjadi terbuka dan sedia buka (NO) menjadi tertutup.
Ciri-cirinya
Di antara semua geganti lewat masa, jenis ini mempunyai mutu yang rendah dari segi ketepatan dan masa untuk set semula.
Senang dipengaruhi oleh cuaca, iaitu suhu sesuatu tempat.
Kebaikannya ialah harganya murah.
Jenis Kendalian Pneumatik Dan Magnetik
Kendaliannya
Semasa gegelung magnet diberi bekalan, gegelung magnet tersebut akan menarik pelucuk (plunger) dan menolak sesentuh dari sedia tutup (NC) menjadi terbuka manakala sesentuh sedia buka (NO) akan tertutup.
Pergerakan pelucuk berpandukan berapa cepatnya udara masuk ke ruang udara melalui liang udara.
Ciri-cirinya
Geganti jenis ini mempunyai ketepatan yang sederhana.
Masa untuk set semula (reset) boleh dikatakan cepat.
Kualiti keseluruhan adalah sederhana.
Jenis Kendalian Motor
Kendaliannya
Apabila bekalan kepada gegelung magnet, gegelung magnet tersebut akan menjalankan satu rotor (seperti motor aruhan kecil) dan mengendalikan sesentuh.
Semasa rotor berputar satu set gear dan spring akan memberi lewat masa.
Ciri-cirinya
Ketepatan geganti lewat masa jenis ini bergantung kepada frekuensi bekalan.
Masa untuk set semula sederhana.
Pada keseluruhannya, mutu geganti lewat masa jenis ini adalah sederhana.
Jenis Kendalian Motor
Jenis Kendalian Elektronik
Kendaliannya
Semasa bekalan diberi kepada geganti lewat masa jenis ini maka proses mengecas kapasitor bermula.
Selepas kapasitor dicas maka voltan di dalamnya aka meningkat. Voltan tersebut digunakan untuk membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup sesentuh sedia buka (NO) (seperti transistor, SCR, atau triac).
Litar mengecas kapasitor mempunyai satu perintang boleh ubah. Cepatnya kapasitor dicas bergantung kepada nilai rintangannya.
Ciri-cirinya
Geganti jenis ini mempunyai ketepatan dan set semula yang baik.
Mutu keseluruhan adalah baik.
Jenis Kendalian Elektronik
Penentu geganti lewat masa
Tempoh masa.
Jenis sesentuh (NC atau NO).
Bilangan sesentuh.
Kadaran voltan, frekuensi dan jenis bekalan bagi gegelung.
Jenis kendalian (TDOE atau TDODE).
Saiz dan bentuk binaan rangka.
Alat Pandu
Lampu Pandu
Lampu Pandu
Lampu pandu biasanya digunakan untuk mengetahui bahawa beban (motor) sedang beroperasi atau menghadapi masalah (terlebih beban).
Lampu hijau menunjukkan beban (motor) sedang beroperasi manakala lampu merah menunjukkan beban (motor) menghadapi masalah (terlebih beban).
Lampu pandu ini juga digunakan untuk mengetahui sama ada bekalan elektrik sudah disambungkan atau belum.
Bagi bekalan 3 fasa lampu warna merah digunakan untuk menandakan fasa merah (L1), lampu warna kuning digunakan untuk fasa kuning (L2) dan lampu warna biru digunakan untuk fasa biru (L3).
Simbol
Punatekan
Punatekan
Punatekan digunakan untuk menghidupkan atau menghentikan kendalian litar.
Simbol
Suis Had
Suis Had
Suis Had
Suis ini biasanya digunakan untuk mengawal jarak pergerakan sesuatu mesin atau alat. Contohnya ialah mengawal pergerakan naik dan turun lif.
Ia dipasang berpasangan di mana sebagai punatekan hidup dan punatekan henti.
Simbol
Suis Kaki
Suis Kaki
Suis ini digunakan untuk mengawal pergerakan sesuatu alat atau mesin.
Contohnya, ia biasa dipasang pada mesin jahit dan mesin pemotong kertas.
Simbol
Suis Apong
Suis Apong
Suis apong digunakan untuk mengawal paras air atau bahan cecair.
Simbol
Litar Terus pada Talian Menggunakan Suis Apong
Sesentuh

Suis Aliran
Suis ini digunakan untuk mengawal pengaliran cecair atau gas.
Contohnya, ia dipasang pada paip yang menyambungkan menara pendingin dengan pemeluwap sejuk air (sistem penyaman udara dan penyejukan.
Simbol
Suis Tekanan
Suis Tekanan
Suis ini digunakan bagi mengawal tekanan air atau tekanan gas.
Contohnya, ia dipasang pada pemampat angin (air compressor), sistem penyejukan dan penyaman udara.
Suis ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu suis tekanan tinggi dan suis tekanan rendah.
Simbol
Suis Larasuhu
Suis ini digunakan untuk mengawal suhu ruang atau suhu penyejat pada kadar yang dikehendaki.
Ia biasanya di pasang pada sistem penyejukan dan penyaman udara.
Simbol
JENIS-JENIS PENGHIDUP MOTOR 3 FASA A.U.
Penghidup talian terus
Penghidup talian terus mara songsang
Penghidup bintang delta
Penghidup auto pengubah
Penghidup rintangan pemutar
Litar Penghidup Talian Terus
Litar Penghidup Mara Songsang
Litar Penghidup Bintang Delta
Litar Penghidup Auto Pengubah
Litar Penghidup Rintangan Pemutar